banner here

Resepi Waffle Lembut dan Rangup Sukatan Cawan

- Sabtu, November 18, 2017
Salam sejahtera semua, hari ini saya nak kongsikan resepi waffle lembut dan rangup. resepi ini dah saya cuba buat dan dianya rangup ala-ala kedai. saya dan anak-anak sangat menggemari waffle ni bahkan apabila lepas makan ni tak ingat dunia.. hahahaha

saya sangat mengesyorkan resepi ini apabila anda nak buka kedai depan rumah jual waffle jadi anda di rumah sahaja pun boleh dapat duit. sebenarnya dah banyak kedai-kedai yang jual waffle tapi bagi saya lebih teruja bila anda buat sendiri dirumah.
Resepi Waffle Lembut

Resepi Waffle Sukatan Cawan


untuk membuat waffle ni sangat mudah kerana bahan-bahan mudah didapati tapi anda mesti sedia alat memasak namanya Waffle Maker. apabila anda tak punya bonda boleh membeli waffle maker seharga RM 60 tapi ada yang lagi murah pun ada.

saya tengok kat Lazada ada yang harga RM 30 - RM 60 jadi beli yang murah pun ok je. saya teringat sebelum saya pakai resepi ini dah banyak saya cuba dan try tapi tak ada menepati citarasa. sebab saya suka waffle yang agak tebal, gebu, dan lembut. juga dianya tetap lembut apabila sudah sejuk.

alhamdulillah akhirnya selepas beberapa percubaan saya dapat resepi yang kena citarasa saya. resepi ini saya dapat dari group memasak yang saya ikuti tapi sudah saya ubah sesuaikan. waffle yang lembut selepas masak dianya kuning keemasan. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan (untuk 2 orang 4-5 keping)

  • 1 cawan tepung ( 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 tepung jagung)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • sedikit marjerin untuk disapu pada pan waffle
saya guna tepung gandum dan tepung jagung kerana untuk menggantikan tepung kek yang mahal itu, jadi apabila anda ada boleh guna 1 cawan tepung kek

Cara Membuat waffle Lembut


#1. asingkan putih dan kuning telur, ambil kuning telur sahaja kemudian campurkan dengan esen vanilla, susu, dan minyak dan kacau hingga rata. ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam lepas tu masukkan dalam bahan basah tadi. biarkan sekejap
Resepi Waffle Lembut dan Rangup

#2. pukul putih telur hingga soft peak kemudian masukkan gula kemudian kacau rata. kaup balikkan putih telur dalam adunan waffle selebihnya. cara kaup balik masukkan sedikit adunan waffle kedalam putih telur dan gaul sekejap sahaja kemudian masukkan dianya keadunan selebihnya.

#3. panaskan waffle maker dan apabila sudah betul-betul panas usapkan sedikit marjerin pada pan waffle maker. tuang adunan secukupnya sahaja dan biarkan hingga dianya masak atau berwarna kuning keemasan.
Resepi Waffle Lembut Sukatan Cawan

#4. ulangi proses tadi hingga semua adunan habis. boleh sediakan bersama jem atau nuttlea.
PS. apabila anda ingin hasil lebih rangup lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah.
Resepi Waffle Lembut dan Rangup Sukatan Cawan

mudah sahaja kan resepi waffle yang lembut ini dan apabila bermanfaat sila kongsikan kepada keluarga atau kawan anda, sampai jumpa.

This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search