Hello semua pengunjung blog ini, puding puding pudiiing.. siapa suka puding jagung kastard? memang best lah puding ini sangat lembut, manis berkrim dan kaya dengan butir-butir jagung. apabila bulan ramadhan makanan ini sangat sesuai apabila dijadikan sebagai menu berbuka puasa dan juga carian di google puding kastard sangat naik bila di hari raya.
saya teringat dulu pernah cuba membuat puding jagung ini tetapi entah kenapa tak menjadi.. ada yang lembik, pernah juga ada jadi ala bubur.. hihihi sampai 3 kali saya cuba tapi tetap tak menjadi seperti sepatutnya.
masa itu saya menjadi sedih dan tak sanggup mengharungi perasaan kecewa ini, sampai saya tak berani cuba membuat puding jagung kastard lagi selama hampir 2 tahun. walaupun dalam hati sebenarnya saya sangat ingin boleh berjaya membuat puding kastard ni.
sampai beberapa hari lepas anak-anak meminta saya untuk membuatkan puding jagung, jadi mahu tak mahu saya mesti cuba lagi membuatnya dan berbekalkan dari pengalaman saya dahulu. akhirnya, saya cuba ikut gerak hati dan ubah sesuai resepi yang ada.
saya kurangkan kuantiti air sikit dan saya juga lebihkan tepung kastard dan alhamdulillah bila dikacau jer, terus pekat dan berkilat menandakan kejadian yang positif. hati saya terus tersenyum puas setelah percubaan lepas tak pernah menjadi.
dengan kejadian positif ini saya sangat gembira sebab memang dah lama saya tak makan puding jagung. puding jagung lebih sedap apabila dimakan sejuk-sejuk dan makanan ini boleh juga dihidangkan untuk para tetamu. jom apabila anda ingin cuba resepi ni sila semak resepinya dibawah...
Bahan-Bahan
#1. mula bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati dengan menggunakan whisk, ingat jangan sampai ada berketul-ketul.
#2. lepas itu masukkan bancuhan tepung kastard tadi kedalam periuk dan kemudian masukkan susu cair bersama gula, butir isi jagung, dan jagung creamy. dengan guna api sederhana masak hingga berkilat dan likat. semasa memasak sentiasa kacau supaya aduanan tak berketul. apabila adunan sudah mula likat kecilkan api dan terus kacau selama 5 minit dan tutup api.
#3. kemudian masukkan mentega dan kacau hingga mentega menjadi cair. akan nampak adunan menjadi likat berkilat dan cantik.
#4. akhir sekali, masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan sejukkan dalam peti ais. apabila sudah keras potong-potong mengikut kesukaan dan hidangkan.
mudah sahaja kan resepi puding jagung kastard yang saya kongsikan ini dan apabila bermanfaat sila share kepada keluarga atau kawan anda, selamat mencuba.

Resepi Puding Jagung Kastard

- 1 tin jagung creamy
- 1 1/2 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air
- 1/2 cawan butir isi jagung
- 1 sudu besar mentega