Resepi Ais Kepal Milo Viral yang Pekat Sedia Dalam 3 Minit

- Sabtu, Oktober 20, 2018
Siapa suka Aiskrim? kalau upin dan ipin kata "saya suka saya suka" hihihi... apabila anda menggemari menu ini nasib baik lah untuk anda kerana saya nak berkongsi cara membuat ais kepal milo yang tengah viral itu.

apabila saya bayangkan rasa dingin ditekak bercampur rasa sedap dari milo cukup untuk mengangkat selera saya. bahkan, sumai dan anak-anak saya pun sangat menggemarinya. tetapi, kerana menu ini mengandungi gula yang tinggi saya tak boleh beri selalu.

Resepi Ais Kepal Milo

resepi ini saya dapat dari sebuah fans page di facebook bernama muafakat bangsa johor terima kasih kepada admin fans page kerana sudah sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini. sebenarnya menu ini trending sebelum menu masakan jepun seperti steamboat dan oden family mart.

tetapi, kerana saya tak ada masa untuk menulis entry baru resepi ini hanya saya simpan di draft. yang saya tahu menu ini adalah street food dari gerai yang bertempat di Kuala Kangsar dan yang membezakan dengan ais kepala biasa adalah ianya menggunakan milo pekat sebagai topping.

Resepi Ais Kepal Milo


apabila anda teringin nak jualan aiskrim resepi ini boleh anda cuba kerana rasanya tak kalah enak dengan yang dijual di gerai kuala kangsar itu. kenapa saya berani cakap macam itu? kerana saya sendiri sudah cuba membuat sendiri resepi ini dan bandingkan yang ada di gerai.

Resepi Ais Kepal Milo

apabila tak nak payah buat boleh beli ke gerai dengan harga RM4 untuk satu bungkus tetapi anda mesti siap beratur panjang kerana pasti banyak yang teringin cuba juga. yang menarik perhatian saya semasa beratur panjang adalah melihat macammana ais ini dibuat.

saya tengok bancuhan milo sangat pekat dan likat ini membuat saya dan pembeli lain ikut tertarik. apabila anda nak cuba buat mudah sahaja tak perlu banyak bahan dan cara-caranya sila tengok dibawah ini.

Bahan-Bahan
  • 1 tin milo
  • susu manis secukupnya (lebih elok guna susu rendah lemak)
  • air secukupnya
  • ice batu hancur
  • topping (boleh guna biskut oreo, choc rice, kacang tanah hancur)
Cara Menyediakan

#1. pertama, campurkan milo dengan sedikit air kemudian kacau rata hingga adunan menjadi likat dan pekat.

#2. selepas itu, blend ice batu dan bentukkan mengikut anda suka (kalau saya guna mangkuk kecil sahaja)

#3. kemudian tuangkan susu manis diatas ice tadi dan tuangkan adunan milo diatasnya akhir sekali letakkan topping dan ais kepal milo siap dihidangkan.

Cara Membuat Ais Kepal Milo

ingat, jangan makan selalu sebab ianya mengandungi banyak gula jadi sangat tidak baik untuk kesihatan atau apabila anda teringin lebih sihat guna susu rendah lemak dan topping guna kacang tanah hancur sahaja.

seperti nasihat dari Dr. Luciana kepada ibu bapa perlu membatasi makanan yang mengandungi gula sebelum memberikan ke anak-anak. kalau nasihat dari saya anda boleh menyukat kandungan gula sendiri seperti mengurangi sudu serbuk milo atau menghadkan penggunaan susu krimer.

Cara Buat Ais Kepal Milo Viral

tetapi, terpulang kepada masing-masing supaya makanan ini tetap sedap dan juga sihat. sebab kesihatan adalah yang utama bagi kita, betul tak?


Video Milo Kepal Tok Abah Kuala Kangsar

menu ini boleh dihidangkan semasa anda dan keluarga duduk santai-santai sambil tengok TV dan entah itu orang dewasa atau anak-anak saya pasti menggemarinya. apabila resepi ini bermanfaat saya minta tolong untuk share ye, selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search