Resepi Kerutuk Daging / Ayam Kelantan Sedap yang Menambah Selera

- Rabu, Oktober 17, 2018
Apakah anda berasal dari Negeri Kelantan? apabila betul pasti anda akrab dengan masakan yang akan saya kongsikan iaitu resepi kerutuk daging atau ayam ini. masakan ini mempunyai rasa yang manis sedikit dan menggunakan rempah kerutuk.

sudah lama saya tidak berkongsi di blog ini dan biasanya saya share entry seperti pau kukus disini atau atau roti jhon disini. tetapi tak ada salahnya kan saya mencuba berkongsi resepi masakan khas melayu.

oke, sebelum kita ke resepi saya nak bercerita sikit. saya punya pengalaman yang keseronokan semasa saya bercuti di kelantan. sebelumnya saya memang tak pernah melawat ke kelantan kerana saya hanya mendegar dari TV sahaja bahawa kelantan punya banyak tarikan pelancong yang cantik.

Resepi Kerutuk Daging

apabila anda adalah orang kelantan pasti tahu tarikan pelancong yang cantik seperti taman negara, wat photivian sleeping buddha, min fireflies garden, dan pantai cahaya bulan. sebelumnya saya tahu bahawa kelantan hanya popular dengan masakan nya yang sedap sahaja tetapi selepas bercuti saya menjadikan kelantan adalah rumah kedua saya.

selain memasak saya sememangnya mempunyai hobi travelling bahkan hampir setiap bulan saya menghabiskan duit hanya untuk travelling kerana untuk saya boleh memuaskan hati adalah yang pertama.. hihih.. apabila anda tahu tempat yang cantik di kelantan boleh memberikan nasihat untuk saya.

Resepi Kerutuk Daging atau Ayam


oke kembali ke resepi, apabila anda belum pernah memasak menu ini mungkin anda akan berkata susah tetapi sebenarnya sangat mudah kerana ianya hampir sama semasa anda memasak kari biasa. yang berbeza adalah ianya memiliki rasa agak manis dan sedikit pekat.

orang kelantan biasanya panggil kerutuk daging adalah gulai bukan kari dan apabila anda bukan orang kelantan pasti terjadi sedikit salah faham. kerana masakan ini berasal dari kelantan maka rempah kerutuk juga bawa dari sana.

Resepi Kerutuk Ayam Kelantan

apabila anda nak pergi ke kelantan mencari rempah seperti kerutuk ini saya sangat mengesyorkan kota bharu iaitu di pasar siti khadijah kerana tempat itu sangat lengkap dan murah. tetapi, apabila anda malas jauh-jauh ke kelantan boleh beli dimana-mana tempat.

resepi ini di share oleh Chef Ustazah Wan Habsah terima kasih kepada empunya resepi kerana sudah sudi untuk berkongsi. pasti anda tak sabar untuk mencubanya kan? jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan A
  • 8 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • 1/2 kg bawang merah
  • 2 inchi lengkuas
  • 2 inchi halia
Cara-Cara
  1. hiris halus semua bahan tadi kemudian goreng pada minyak panas hingga garing seperti membuat bawang goreng.
  2. selepas anda menggoreng bahan diatas kemudian potong/gunting 3-4 cili kering dan goreng dalam minyak 
  3. step seterusnya, semua bahan tadi gaul hingga rata dan kisar atau blend.
 Bahan B
  • 4 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan gula melaka
Bahan C
  • kayu manis secukupnya
  • buah pelaga secukupnya
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
 Bahan D
  • 8 sudu ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
basuh semua bahan diatas terlebih dahulu kemudian goreng tanpa minyak dengan api perlahan kemudian blend atau kisar.
  • kerisik 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Cara Membuat

#1. panaskan 1 senduk minyak dalam kuali kemudian tumis bahan empat sekawan atau bahan C. kemudian masukkan bahan A yang sudah anda blend tadi dan goreng hingga naik bau.

Cara Membuat Kerutuk Daging ayam

#2. masukkan bahan B bersama serbuk kunyit dan goreng sekejap kemudian masukkan kerisik dan goreng hingga masak. dan kerutuk paste dah siap

fuuh berjela-jela bahanya.. patutlah reesepi ini sangat sedap. tetapi, resepi ini belum selesai masih ada step seterusnya..
  • 3 kg daging (apabila anda nak buat kerutuk ayam booleh guna 2 ekor ayam)
  • kerutuk paste yang anda masak tadi
  • santan pekat ( 2-3 kelapa)
  • air secukupnya
 Cara Memasak Kerutuk Daging

#1. rebus daging dalam periuk bersama sedikit air kemudian masukkan paste kerutuk yang sudah anda buat tadi dan masak hingga daging agak lembut.

#2. apabila daging sudah agak lembut boleh masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya kemudian maska kembali hingga masak atau kuah menjadi pekat.

#3. sampai step ini anda boleh memasukkan bahan hiasan seperti bawang besar yang dipotong, kentang, atau sosej mengikut anda suka.

#4. apabila sudah masak boleh matikan api dan siap dihidangkan..

Cara Memasak Kerutuk Ayam 

#1. pertama masak santan dalam periuk kemudian masukkan rempah paste yang sudah anda buat tadi. apabila sudah mendidih boleh masukkan ayam.

#2. masak hingga ayam masak betul dan apabila sudah kuah sudah pekat juga ayam sudah masak bolehlah perasakan dengan garam secukup rasa.

Cara Membuat Kerutuk Daging Kelantan

#3. akhir sekali, makaaaaan ahahaha

Tips Menyediakan :
  1. supaya lebih sedap boleh potong daging agak tebal
  2. guna santan yang diperah adalah cara terbaik untuk membuatnya lebih sedap
  3. supaya mempercepat proses memasak boleh menumis rempah dan daging terlebih dahulu
ramai orang yang bertanya macammana cara nak buat resepi kerutuk ayam atau daging kelantan yang sedap? entry ini adalah jawabannya kerana empu resepi mendapatkan resepi ini dari warisan keluarga dan kerap disediakan dalam kelas masakan.

apabila entry ini bermanfaat sila hare ya, sampai jumpa di entry seterusnya dan selamat mencuba.

 

Start typing and press Enter to search