2 Resepi Jeruk Mangga Asam Boi yang Sedap Boleh..Boleh..Boleh...

- Isnin, November 05, 2018
Siapa suka Mangga? selalunya apabila ada mangga muda pastilah cuma saya suka makan. biasanya saya makan dengan dicampur garam sikit atau buat kerabu.

tetapi, hari ini lain sikit sebab saya nak buat resepi jeruk mangga asam boi, minggu ini ramai orang mencari cara buat makanan ini padahal saya fikir untuk membuatnya mudah sahaja kerana hanya potong kemudian rendam dengan air gula dan ready.

sebenarnya, banyak yang jual tapi malas nak beli buat sendiri sahaja lah sebab mudah. juga jika dibeli kebanyakan ianya menggunaan bahan pengawet supaya bole tahan lama.

namun, apabila kita terus makan makanan yang mengandungi bahan pegawet ianya tak bagus untuk kesihatan kan?

Resepi Jeruk Mangga


kebetulan saya punya jiran ada tanam pokok mangga dan berbuah aga pesat.. hmmm biasanya kalau saya nak makan mangga langsung meminta sahaj kepada jiran saya tu dan dikasih beberapa biji.. hihihi..

okey, di entry ini saya punya 2 resepi jadi anda boleh pilih yang mana yang anda suka. jom kita layan resepinya dibawah..

Cara 1

resepi ini dikongsikan oleh Nor Shakinah MD Zainal terima kasih kepada empunya resepinya yang sudah sudi berkongsi.
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
Bahan-Bahan
  • 15-20 biji buah mangga epal
  • 1 kg gula
  • 3-4 cawan air
  • 2 balang plastik besar
  • 2 genggam garam kasar
  • 1 sudu makan kapur makan - bancuh dengan air
Cara Buat

#1.  basuh buah mangga hingga bersih kemudian potong mengikut anda suka. kemudian basuh kembali dan toskan hingga semuar airnya hilang. (lebih sedap apabila sebelum dipotong kupas kulit dahulu)
Cara Buat Jeruk Mangga
#2. masukkan hirisan mangga kedalam balang kemudian masukkan garam kasar (anggaran 1 genggam garam untuk 1 balang besar) selepas itu masukkan dalam peti sejuk dan peram semalaman. esoknya boleh sejatkan air.
Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi
#3. masukkan kembali hirisan mangga kedalam balang dan masukkan bancuhan air kapur dan untuk jumlah airnya hingga semua mangga tenggelam dalam balang, kemudian peram lagi selama 7 jam.

#4. campurkan gula dengan air kemudian masak hingga gula larut selepa situ sejukkan. ambil mangga yang diperam dalam air kapur tadi basuh hingga bersih dan toskan airnya.
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi yang Sedap
#5. masukkan hirisan mangga kedalam balang kembali kemudian tuangkan air gula kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman dan esoknya siap untuk dihidangkan.

yang saya suka dari resepi ini adalah ianya tak guna banyak bahan dan lebih sihat kerana tak guna bahan pengawet. meskipun, tanpa bahan pengawet ianya boleh tahan lama kerana guna pengawet semulajadi seperti gula dan garam.

Cara 2


untuk cara ke 2 ini ianya tak payah tambah air sebab nanti gula yang anda letak akan cair dan semasa di simpan dalam peti sejuk dia akan berair jugak. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 5 biji buah mangga muda (guna yang besar)
  • 10 sudu besar gula
  • 10 biji cili padi - dicincang
  • sepaket asam boi (boleh guna asam girl)
  • sedikit garam
Cara Buat

#1. pertama potong mangga mengikut anda suka kemudian basuh hingga bersih. selepas itu masukkan hirisan mangga kedalam bekas yang sesuai dan masukkan gula kemudian gaul hingga rata.
Resipi Jeruk Mangga Asam Boi
#2.  apabila sudah rata masukkan asam boi kemudian gaul lagi. apabila anda tak punya asam boi boleh guna asam girl ye..
Resepi Jeruk Mangga
#3. step seterusnya masukkan cili padi yang sudah dicincang kemudian gaul lagi hingga sebati. akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan simpan selama 5 jam. lebih sedap apabila dimakan sejuk-sejuk emmhhhh nyam.. nyam.. nyam..
Cara Membuat Jeruk Mangga

Tips Membuat Jeruk Mangga


supaya hasilnya lebih memuaskan hati anda boleh membaca tips yang usiamuda.com berikan untuk anda dibawah..
  1. selain mangga anda boleh guna jambu, epal, pepaya yang setengah masak, dan spondias.
  2. apabila anda suka pedas boleh tambahkan cili padi hingga 15 biji
  3. supaya lebih masam dan segar boleh tambahkan sedikit air perasan limau nipis
  4. kedua resepi jeruk mangga asam boi diatas lebih sedap apabila kupas kulit mangga terlebih dahulu.
biasanya orang yang tengah pregnant gemar makan jeruk mangga ini dan saya harap resepi ini boleh bermanfaat, selamat mencuba.

This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search