2 Resepi Cornflake Madu & Coklat Tanpa Bakar Sedap++

- Ahad, Mei 17, 2020
Bulan Ramadan adalah bulan paling cantik untuk semua orang Islam di seluruh dunia. pada bulan ini kita di wajibkan untuk berpuasa supaya mendapatkan pahala.

tetapi, untuk sebahagian anak-anak. mereka pasti suka dengan bulan ini kerana banyak biskut dan kuih raya yang boleh mereka makan.

pada hari ini saya nak berkongsi 2 resepi berbeza iaitu resepi cornflake madu dan resepi conrflake coklat yang kesemuanya saya buat tanpa bakar.
Resepi Cornflake Madu & Coklat Tanpa Bakar

sebenarnya, sudah banyak kawan-kawan blogger yang berkongsi resepi ini. tetapi, saya tengok masih sedikit yang berkongsi dengan cara tanpa dibakar.

apabila anda teringin cuba resepi biskut lainya sila klik link dibawah..

Resepi Cornflake Mudah Tanpa Bakar 

semasa saya menulis artikel ini lebih kurang lagi seminggu hari raya Aidil fitri, mesti semua orang sekarang ini tengah sibuk kan..

ada yang tengah cari baju raya untuk anak-anak dan suami...

ada yang tengah cari kuih raya dan tentu saja perbelanjaan pasti sangat besar kan...

untuk itu saya nak share resepi yang sangat mudah ini kerana tak perlu payah berlama lama di dapur dan yang paling penting biskut raya ini sangat jimat kerana tidak perlu kos yang tinggi untuk membuatnya.

Resepi Cornflake Madu

Resepi Cornflake Madu

makanan ini memang popular dengan dengan kerangupanya dan ditambah dengan rasa manis-manis madu.

cara nak buat juga teramat sangat mudah sebab tak perlu sukatan bahan yang terlalu tepat jadi anda boleh mengikut sukatan sendiri pada resepi yang saya share ini.

tetapi supaya biskut tidak melekat jangan letak madu terlalu banyak dan supaya lebih meriah anda boleh mengajak anak-anak semasa menyediakan biskut ini.

pasti anda tak sabar teringin cuba kan? jom kita layan resepinya dibawah...
Resepi Cornflake Madu


Bahan-Bahan
  • 4-5 cawan cornflake
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • ceri atau kismis atau coklat rice untuk hiasan ikut suka
  • pappercup secukupnya
  • sedikit gula pasir - optional apabila anda suka manis
Cara Buat

#1. siapkan kuali dan masukkan mentega bersama gula dan kacau hingga mentega cair dan gula larut. kemudian masukkan madu dan kacau hingga rata.
Resepi Cornflake Madu

#2. matikan api dan masukkan semua cornflake kedalam bahan tadi dan gaul sekata. 

#3. siapkan pappercup dan masukkan kedalam cup bagi rata semua conrflake tadi dan taburkan hiasan diatasnya.

#4. biarkan sekejap dalam dulang ke apa selama 10 minit supaya bagi dia lekat sikit, selepas itu masukkan dalam balang.

#5. oke dah siap, cornflake madu tanpa bakar ready to serve...

Resepi Cornflake Coklat

Resepi Cornflake Coklat

resepi selanjutnya adalah cornflake coklat rangup yang di buat dengan cara tanpa bakar. resepi ini sangat mudah dan simple sebab ianya hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

resepi ini tidak akan mencuri masa anda di dapur dan anda boleh menggunakan masa yang anda miliki untuk aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

saya sendiri selain memasak untuk suami dan anak-anak juga mesti bekerja, jadi saya tak punya masa lebih semasa didapur.

saya berfikir resepi ini sangat sesuai untuk anda yang teringin berjimat juga tetapi mahu menyediakan biskut raya yang tetap rangup dan sedap.

jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
  • 500 gram cornflake
  • 500 gram coklat masakan
  • 1 botol besar mentega kacang kasar Lady's Choice
  • kismis atau ceri (optional untuk hiasan)
  • pappercup secukupnya
Cara Buat

#1. siapkan kuali kemudian masukkan coklat masakan bersama 1 botol mentega tadi dan kacau dengan api perlahan. pastikan anda sentiasa kacau supaya tidak hangit.

#2. apabila bahan tadi sudah sebati (keluar gelembung-gelembung) masukkan cornflake dan kacau rata.
Resepi Cornflake Coklat

#3. siapkan pappercup dan masukkan cornflake kedalam cup selepas itu taburkan hiasan mengikut kreativiti anda. kemudian biarkan sekejap supaya agak sejuk.
Resepi Cornflake Coklat

#4. masukkan dalam balang atau tupperware dan siap untuk dihidangkan...

Tips 
1. coklat boleh dicairkan dalam microwave atau cairkan dengan cara double boil.
2. pastikan coklat sejuk sebelum dicampurkan bersama cornflake supaya mengelakkan cornflake menjadi lembik.
3. jangan sesekali coklat terkena air
tidak perlu simpan dalam peti sejuk sebab coklat akan kering dengan sendiri
4. saran saya gunakan cornflake jenama Nestle kerana lebih lazat dan nipis berbanding yang lain.

itulah 2 resepi cornflake madu dan coklat tanpa bakar yang saya share untuk anda, apabila anda teringin cuba resipi biskut lain sila klik menu resepi biskut di blog ini kerana saya sudah share banyak resepi.

sampai jumpa diresepi lazat berikutnya..

 

Start typing and press Enter to search