Resepi Kari Ikan Mayong Paling Sedap | Jom Cuba!!

- Ahad, Mei 24, 2020
Salam reader's usiamuda.com semua, apa khabar sihat ke?

hari ini kita akan cuba membuat ikan mayong masak kari yang sangat sedap dan simple je, biasanya sebahagian dari kita menyebut ikan ini dengan nama ikan duri.

selain dimasak kari ikan ini juga boleh di masak lemak dan paling best apabila kita guna telurnya. tetapi, sedikit susah nak cari telur ikan ini kerana hanya sedikit orang yang jual dan kalau anda mujur boleh cari kat pasar.

seperti ikan lainya ikan mayong ini memiliki bau yang sangat hanyir dan untuk menghilangkanya sebelum masak anda boleh perahkan jus limau nipis terlebih dahulu kedalam bekas yang berisi ikan ini.
Resepi Kari Ikan Mayong

lepas tu boleh lah gaul supaya air perahan limau nipis boleh lebih meresap tetapi apabila anda gunakan telur ikan duri cukup sekadar bilas dengan air biasa kerana takut nanti pecah telur ikan itu.

Cara Buat Ikan Mayong Masak Kari


biasanya saya hanya berkongsi resipi kek atau biskut tetapi hari ini saya nak cuba berkongsi resipi makanan juga kerana saya ingin supaya blog ini boleh menjadikan rujukan anda apabila tengah cari resepi.

ikan mayong memang popular di Asia Tenggara seperti  Malaysia, Indonesia, Singapore, dan Brunei. di Indonesia nama ikan ini hampir sama dengan Malaysia iaitu Ikan Manyung atau mangut.

resipi ikan duri masak kari ini memang sedap semasa dimakan bersama nasi, roti canai atau capati malam tadi. mungkin perut lapar sangat kot, sampai saya dan suami makan bertambah tambah nasi hihihi..

satu kelebihan daripada masakan kari adalah ia boleh dimakan hingga ketitisan terakhir asal ianya tak basi jadi tidak membazir makanan kan.

oke, pasti anda sudah tak sabar ingin cuba resepi ini kan, jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan mayong (dipotong keping dan kepala dibelah 2 kemudian perap dengan air perahan limau nipis)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 biji tomato (belah empat)
  • rempah ratus untuk menumis
  • 7 batang bendi
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1/2 kg santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukupnya
Cara Buat

#1. panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah tumisan dan tumis hingga harum.
Resepi Kari Ikan Mayong

#2. apabila sudah harum masukkan rempah kari bersama cili giling dan tumis hingga ianya masak betul betul. lepas tu masukkan ikan mayong dan biarkan sekejap.
Resepi Kari Ikan Mayong

#3. masukkan santan dan masak hingga mendidih, ingat supaya sentiasa kacau ye.. apabila sudah mendidih masukkan bendi, tomato, sedikit garam dan air asam jawa.
Resepi Kari Ikan Mayong

#4. apabila sudah masak boleh matikan api dan masukkan kedalam bekas, kari ikan mayong siap dihidangkan.

Resepi Kari Ikan Mayong

resepi kari ikan mayong ini saya dapat dari nenek tapi nenek saya panggil ia gulai, kali pertama saya cuba alhamdulillah menjadi kerana resepi ini sangat mudah simple.

apabila anda macam saya yang tak suka apabila berlama lama kat dapur resepi ini sangat saya rekomenkan kerana tak perlu masa yang lama untuk menyediakanya.

apabila anda teringin cuba makanan lainya yang mudah juga dibuat boleh cuba cara membuat kuey teow kungfu disini.

Tips : 

1. untuk menghilangkan bau hanyir sebaiknya perap dahulu ikan mayong dengan air perahan limau nipis.
2. apabila anda teringin masak untuk keluarga hingga 5-6 orang boleh tambah hingga 3 ikan mayong.
3. supaya rasanya lebih segar anda boleh tambah dengan nanas.
4. apabila teringin ada rasa manis boleh tambahkan sedikit gula.

itulah resepi yang usiamuda.com share untuk anda dan sampai jumpa di resepi sedap dan lazat beriktunya ye.. bye bye.

 

Start typing and press Enter to search