4 Resepi Air Katira Sedap dan Paling Mudah, Best!!!

- Sabtu, Mei 16, 2020
Apabila bulan ramadhan tiba resepi air katira menjadi carian paling tinggi masyrakat Malaysia.

kenapa?

sebabnya air katira ini amat sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat di negeri Johor di bulan ramadan.

minuman ini memang popular sangat di johor, ada yang mengatakan minuman ini berasal dari negara India Selatan, Pakistan, dan ada juga yang berkata berasal dari Singapura.

harga minuman ini sendiri boleh tahan mahal berbanding dengan minuman lain, kerana minuman ini dipercayai mempunyai khasiat dapat memulihkan tenaga.

didalam air katira asli dihimpun pelbagai jenis buah-buahan diantaranya...

  • getah anggur (katira)
  • kurma
  • susu segar
  • kembang semangkuk
  • badam
  • kismis
buah-buahan tersebut kaya dengan potasium, protein, dan kalori yang sangat baik untuk sel-sel badan.

Resepi Air Katira Sedap


sebelum kita saya mula berkongsi, saya nak bercerita sikit pada hari ahad semalam saya beli air katira yang hanya berwarna hijau pekat dengan bijih selasih.

selepas saya membaca artikel di Internet ternyata saya telah tertipu sebenarnya kerana ianya bukan resepi air katira asli sebab ianya hanyalah resepi tangkap muat yang telah guna pewarna dan tak sedap.

kerana air katira asli tidak menggunakan pewarna pekat dan mengandungi pelbagai buah-buahan istimewa sahaja.

dimana nak cari air katira ini?

anda boleh cuba beli kat pasaraya Mydin, Kedai jual herba Cina atau Bazar ramadan. dibawah ini ada pelbagai resepi yang sudah saya himpun.

jom kita layan resepinya dibawah...

1. Air Katira Abu Bakar


resepi pertama ialah abu bakar.. kenapa dinamakan abu bakar? sebab encik abu bakar yang buat..

Resepi Air Katira Abu Bakar


siapa abu bakar tu? entah sayapun tak tahu.. hihihi

Resepi Air Katira Abu Bakar


Bahan-Bahan
  • 7 biji kismis
  • 7 biji badam
  • 3 biji kurma timur tengah (buang biji)
semua bahan diatas tadi masukkan dalam mesin pengisar dan tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus kemudian ketepikan.
  • 5 biji getah anggur - cuci bersih dan rendam hingga kembang
  • 3 biji kembang semangkuk - rendam dalam air panas hingga kembang
  • 3 sudu kecil bijih selasih - rendam dalam air panas hingga kembang
  • segenggam kismis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 sudu teh esen pisang
  • sedikit pewarna hijau
  • secubit garam
apabila semua bahan diatas tadi sudah ada, let's get started right away...

Cara Membuat

#1. siapkan periuk dan masukkan gula bersama daun pandan dan air kemudian masak hingga gula larut dan mendidih.

#2. apabila sudah mendidih masukkan bahan kisar bersama kismis selepas tu masak lagi hingga mendidih.

#3. apabila sudah mendidih kecilkan api dan masukkan susu pekat, susu cair, getah anggur, esen pisang, pewarna hijau, dan secubit garam. biarkan merenih sebentar dan pekat sikit.

#4. apabila sudah merenih tutup api dan masukkan biji selasih bersama kembang semangkuk.

#5. rasakan manisnya dan apabila kurang manis boleh tambahkan gula sesuai selera masing-masing. selepas tu biarkan sejuk.

#6. untuk menyediakan letakkan ketulan ais dan aiscream soda dalam mangkuk dan tuangkan air katira yang sudah sejuk.

2. Resepi Blue Katira

Resepi Blue Katira

resepi yang kedua ialah resepi variasi yang dikongsikan oleh Hafiza Muaddah.

apa yang membuat resepi ini nampak menarik?

kebiasaanya air katira diolah dengan menggunakan daun pandan tetapi ianya digantikan menggunakan daun kelang. hijau bertukar biru..emmmm

bunga telang sendiri tak asing bagi masyarakat negeri kelantan dan begitu juga air katira dinegeri johor. pasti anda sudah tak sabar kan?

jom kita tengok resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
  • 4 biji katira - rendam dalam air panas hingga kembang
  • 3 biji buah kembang semangkuk - direndam dalam air panas hingga kembang
  • 1 sudu kecil biji selasih - direndam dalam air panas hingga kembang
  • 1 sudu besar bunga telang kering
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 tin air cincau
Cara-Cara

#1. rebus bunga telang selama 5 minit kemudian tapiskan air rebusan tadi. selepas tu masukkan bahan-bahan yang telah direndam dan kembang tadi.
Resepi Blue Katira


#2. masukkan susu pekat manis bersama air masak dan air cincau.
Resepi Blue Katira


#3. untuk menyediakan supaya lebih sedap tambahkan ais..sedap je mengalir ditekak
Resepi Blue Katira


3. Resepi Air Katira Johor (Original)

Resepi Air Katira Johor

apabila anda nak ingin katira roginal johor anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Salmah Kobis ni.

resepi ini didapat dari orang-orang lama johor jadi pastilah best ni resepi dan minuman ini sendiri memang sinonim dengan masyarakat di negeri johor terutamanya apabila bulan ramadan seperti sekarang ini.

pasti anda teringin cuba resepi ini kan?

sila tengok resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 7 sudu besar biji selasih
  • 5-6 biji buah kembang semanggkuk (di rendam semalaman)
  • 3-4 biji getah anggur (kalau susah cari xperlu) (getah anggur bole beli d kedai runcit india)
  • 2-3 titis perasa pandan (tak da pun xpe)
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 30 biji kacang tanah
  • 20 biji buah gajus
  • 20 biji badam
  • 1 tin susu krimer sejat
  • 1/2 tin Susu pekat manis
  • 3-4 biji kurma
  • 1 genggam kismis
  • Buah kabong jika ada
  • Barli jika ada
  • Secubit garam
banyaknya bahan-bahan ye. jadi memang perlu banyak bahan supaya lebih sedap dan untuk cara caranya sila tengok dibawah

Cara Membuat

#1. mula mula getah anggur dan buah kembang semangkuk direndam semalaman dan apabila anda susah cari getah anggur tak payah cari pun tak pe.
Resepi Air Katira Johor

#2. apabila sudah direndam semalaman akan nampak macam ini, dianya akan nampak mengembang seperti buah kembang semangkuk.

#3. semua kekacang hendaklah dibakar dahulu dan apabila anda teringin menambah kekacang lain lagi bagus 

#4. kemudian kekacang yang sudah dibakar tadi masukkan kedalam mesin blander bersama susu pekat manis, pewarna hijau, separuh dari kismis, kurma, susu sejat, dan pearna pandan.
Resepi Air Katira Johor

blander sekali dan pastikan kekacang jangan terlalu halus kemudian masukkan dalam jug.

#5. selepas tu masukkan biji selasih, segenggam kismis yang belum dikisar tadi, dan buah kembang semangkuk.

apabila anda punya buah kabung dan barli boleh masukkan sekali.

#6. last step, masukkan masukkan ais batu secukupnya dan apabila kurang manis boleh tambah sedikit gula atau susu pekat manis.

#7. dan air katira original johor siap disediakan. 

4. Resepi Air Katira Mudah


apabila anda teringin minum air katira tetapi tak ada bahan untuk buat yang original anda tak payah risau.
Resepi Air Katira Mudah

sebab saya share juga yang versi mudah kerana hanya memerlukan sedikit bahan sahaja dan cara buatnya pun senang.

jom kita tengok versi mudah dibawah ini.

Bahan-Bahan
  • 3 sudu pes tebu jenama double lion
  • susu pekat secukupnya
  • air masak secukupnya
  • cincau secukupnya
  • biji selasih - direndam dahulu hingga kembang
  • ais batu
Cara Membuat

#1. bancuh semua bahan diatas tadi dan rasakan manisnya. ikut manis selera masing-masing kemudian tambahkan ais batu dan siap untuk disediakan. XD

macam mana sangat sangat mudah kan...

itulah pelbagai resepi air katira yang saya kongsikan untuk anda dan saya harap wabak corona di musim ramadan ini hilang segera.

kerana banyak orang susah cari duit dan ekonomi menjadi lebih pelik. okay, sampai jumpa lagi di resepi sedap seterusnya... bye bye..

 

Start typing and press Enter to search