2 Resepi Kek Batik Indulgence & Horlicks Mudah + Video

- Rabu, Mei 20, 2020
Salam semua, Hari ini saya nak berkongsi 2 kek yang tengah viral di tahun 2020 ini iaitu resepi kek batik Indulgence dan Horlicks.

dari banyak-banyak kek, kek batiklah yang paling mudah di buat dalam dunia kerana kita tak payah pakai tebung, tak susah nak bake dan bahan-bahan nak buatpun simple dan murah.

sebenarnya, ada pelbagi cara membuat kek batik ada yang dengan cara di kukus dan ada yang hanya dimasukkan dalam peti ais sahaja. sementara bahan utama dia iaitu milo tetapi ada jugak yang guna Cadbury.
resepi kek batik

resepi ini sebenarnya sudah banyak di kongsikan oleh kawan kawan blogger tetapi banyak reader's yang mengeluh sebab ianya guna anggaran sukatan gram. walaupun sebenarnya tak semua dari kita orang tahu sukatan cawan ke gram atau liter.

anda tak perlu risau sebab usiamuda.com bersama anda, disini saya hanya menggunakan anggaran sukatan cawan sahaja sehingga ianya boleh dibuat lebih senang.

Resepi Kek Batik Mudah Sukatan Cawan


saya sendiri adalah salah satu antara orang yang menggemari kek ini. tetapi, sangat susah menjumpai yang betul betul kena dengan selera saya.

saya pun kerap beli kat kedai memang sedap rasanya tetapi ianya keras sikit sebab kurang salutan coklat pada permukaan kek. selepas beberapa hari saya tercari cari resepi yang sesuai. mujurlah saya jumpa resepi yang di kongsikan oleh limau nipis kat facebook.
cara buat kek batik

resepi ini sangat sesuai dengan selera saya dan saya sangat merekomenkan kepada anda untuk cuba resepi ini. bahkan, saya tengok sudah di share hingga 7.000 kali.

selepas saya try sendiri eummmm dengan keenakan rasanya yang lembut dan berlemak. tidak hairanlah kalau resipi ini sudah di share hingga 7.000 kali.

pasti anda sudah tak sabar untuk cuba kan? jom kita layan cara buatnya dibawah..

Resepi Kek Batik Indulgence


yang pertama adalah indulgence silakan simak cara caranya dibawah...

Bahan Kek

  • 300 gram biskut marie (patah dua setiap keping)
  • 3/4 cawan milo
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 cawan mentega cair
  • 1 biji telur gred A
Bahan Lapisan Cream Cheese
  • 250 gram cream cheese
  • 120 gram whipping cream
  • 50 gram gula kastor
  • 12 gram gelatin
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 cawan air panas mendidih
Lapisan Coklat Ganache
  • 3/4 cawan UHT Whipping Cream (dipanaskan)
  • 200 gram coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar mentega

A. Cara Menyediakan kek

#1. mula mula masukkan mentega cair, susu pekat manis, susu cair, milo, serbuk koko, dan telur dalam kuali. kemudian panaskan kuali dengan menggunakan api sederhana perlahan sahaja.

#2. kemudian kacau hingga semua bahan larut dan sebati, apabila sudah larut boleh tutup api.
Resepi Kek Batik Indulgence

#3. kemudian masukkan biskut marie yang sudah patah dua setiap keping kedalam larutan tadi dan kacau hingga rata.

#4. siapkan lapik loyang bulat bersaiz 8 inci kemudian masukkan campuran biskut kedalam loyang. jangan lupa ratakan permukaan kek.

#5. sejukkan dalam peti ais seketika.

B. Cara Membuat Lapisan Cream Cheese

#1. masukkan gelatin dan air panas mendidih kedalam bekas dan kacau hingga larut.

#2. pada bekas lain masukkan cream cheese bersama gula kastor dan esen vanilla kemudian putar guna mixer hingga sebati.
Resepi Kek Batik Indulgence

#3. selepas itu tuangkan gelatin yang sudah dilarutkan tadi kedalam cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.

#4. masukkan whipping cream dan pukul sekadar hingga sebati.

#5. keluarkan kek dari peti ais kemudian tuangkan lapisan cream cheese diatasnya. lepas tu ratakan cream pada permuakaan kek.

#6. kemudian masukkan kembali kedalam peti ais selama lebih kurang 30 minit.

C. Cara Menyediakan Coklat Ganache

#1. masukkan dark chocolate compound bersama mentega dan whipping cream yang sudah dipanaskan ke dalam bekas dan biarkan lebih kurang 2 minit.
Resepi Kek Batik Indulgence

#2. kemudian putar hingga sebati, selepas itu sejukkan selama lebih kurang 10 minit sebelum dituangkan kepermukaan kek.

#3. apabila sudah sejuk tuangkan coklat ganache ke permukaan kek batik kemudian sejukkan selama 3-4 jam.

#4. apabila sudah sejuk sila potong mengikut selera dan siap di sediakan...

macam mana mudah dan senangkan? supaya anda lebih faham sila tengok video tutorial cara buat kek batik indulgence dibawah..

emmm nampak sedap....

Cara Buat Kek Batik Horlicks


resepi ini biasanya dibuat dengan coklat dan milo tetapi untuk kek batik horlicks kali ini diberikan kelainan dengan rasa horlick yang lembut dan untuk membuatnya pun simple sahaja.

makanan ini memang kerap digemari oleh pelbagai peringkat usia, apa yang menarik dari mananan ini?
Resepi Kek Batik Horlicks

dengan warna hijau yang nampak sejuk dimata membuat sesiapa sahaja teringin mencuba. pasti anda teringin cuba juga kan?

jom kita layan resepi yang di kongsikan oleh Mimie Suhaimi Hussain ini
Resepi Kek Batik Horlicks

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 2 cawan horlick
  • 1 packet biskut marie (patah dua setiap keping)
  • 125 gram unsalted butter
  • 3/4 cawan susu pekat ( apabila suka manis boleh letak lebih)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • vanilla
  • sedikit air panas (supaya ianya tak keras)
  • pewarna hijau
Cara Buat

#1. mula mula anda cairkan butter bersama susu pekat manis dan air panas mendidih dalam kuali. ingat guna api sederhana dan perlahan sahaja.

#2. kemudian kacau hingga sebati dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum bersama horlicks dan kacau lagi hingga sebati. pastikan anda sentiasa kacau supaya mengelakkan berketul.
Resepi Kek Batik Horlicks

#3. sambil terus kacau masukkan telur sedikit demi sedikit kemudian masukkan pewarna hijau bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati. apabila sudah sebati bolehlah tutup api.

#4. masukkan biskut marie yang sudah patah 2 setiap keping kemudian kacau hingga rata.

#5. siapkan loyang dan untuk saiz loyang lebih rekomen saiz 8 inci kemudian lapis permukaan loyang dengan kertas minyak.

#6. masukkan kek kedalam loyang dan ratakan permukaan kek. selepas itu simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam. apabila sudah sejuk boleh dihidangkan..

kek batik horlick paling sedap apabila dinikmati semasa sejuk..dan apabila anda teringin cuba horlicks versi empire brunei boleh tengok gambar dibawah ini.
Resepi Kek Batik Empire Brunei

itulah 2 resepi yang saya kongsikan untuk anda dan sampai jumpa di resepi lazat berikutnya ye..

 

Start typing and press Enter to search