Resepi Kuey Teow Kungfu Cantonese Style Mudah++

- Isnin, Mei 18, 2020
Salam semua, setelah sekian lama tak update entry di blog akhirnya hari ini saya nak cuba share resepi kuey teow kungfu yang paling mudah.

saya minta maaf kerana sudah 2 tahun lepas terakhir saya menulis entry di blog ini, tersangatlah busy tapi alhamdulillah views blog hanya turun sedikit. special thank's to my readers!
Resepi Kuey Teow Kungfu

saya adalah salah satu antara orang yang suka mee atau noodle kerana senang buat dan cepat menjadi. sampai selalunya saya minta ke suami untuk makan di kedai mee.

tetapi, kebiasaanya di kedai kadang-kadang tak puas hati. ok. berbalik pada menu hari ini. hari ini teringin mencuba kuey teow kungfu sendiri. uwaaa tajuk entry gempak gitew bunyinya... hiyaaatt...hiyaaatt siap kungfu lagi hihihihi..

Resepi Kuey Teow Kungfu


memang betul apabila anda masak makanan ini anda kena kungfu kat dapur barulah boleh menjadi masakan tu.. hihihi

apabila anda tak percaya sila cubalah resepi ini. sebenarnya resepi ini saya dapat dah lama dari kawan group di facebook dan dalam hati dok terangan buat nak buat sendiri.

alhamdulillah hari ini saya boleh cuba buat dan ternyata memang menjadi dan sangat sedap. dan mee macam ini memang lagi sedap apabila dimakan panas-panas.

kerana apabila ianya sudah sejuk mee menjadi kurang rasa dan ianya menjadi lebih kembang. special thanks teruntuk kawan group yang sudah berkongsi resepi ini dan saya teringin memberikan link kredit tetapi kawan saya tu tak punya blog.

untuk memasak makanan ini mudah sahaja, ianya hanya memerlukan bahan-bahan yang banyak semasa membuat kuahnya sahaja.

apa yang istimewa dari mee kuey teow ini?

resepi ini dibuat ala cantonese style jadi sedikit berbeza dengan resepi yang sudah di share oleh kawan-kawan blogger.

pasti anda teringin cuba juga kan?

jom kita layan resepi sedapnya dibawah...

Bahan Mee

  • 1 Bungkus Kuey Teow
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
Bahan Tumbuk/ Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji cili
Bahan Kuah


  • 1 keping dada ayam - hiris
  • brokoli
  • 3 batang kailan
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji telur - kacau sebati
  • 5 tbsp tepung jagung
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • seckup rasa
Cara Buat 


#1. mula mula bersihkan kuey tiaw dan toskan airnya. sementara itu bancuh telur bersama lada sulah dan kacau hingga sebati.
Resepi Kuey Teow Kungfu

#2. campurkan mee bersama bancuhan telur kemudian gaul sebati. selepas itu panaskan minyak dan goreng kemudian ketepikan.

#3. tumis bahan yang sudah di kisar tadi sampai harum. kemudian masukkan ayam bersama lobak merah dan air. biarkan sampai mendidih.
Resepi Kuey Teow Kungfu

#4. masukkan telur yang sudah di kacau bersama perasa dengan cara dituang sambil dikacaukan dalam kuali.

#5. selepas itu masukkan sayur kailan dan brokoli kemudian tuangkan tpg jagung yang sudah dicairkan dalam air. masak semua bahan tadi hingga pekat kemudian tutup api.
Resepi Kuey Teow Kungfu

#6. letakkan mee dalam pinggan kemudian tuangkan kuah yang masih panas tadi. supaya nampak lebih cantik boleh hiaskan dengan potongan cili.
Resepi Kuey Teow Kungfu

macam mana nampak senang je kan?
Tips :
1. jangan bancuh key teow terlalu lama sebab ianya nanti akan lembik dan apabila digoreng kurang sedap.
2. selepas di cuci, pastikan air basuhanya benar benar kering.
3. mee ini lebih sedap apabila disediakan panas-panas.
okay, itulah resepi kuey teow kungfu yang saya share hari ini dan apabila anda teringin sekali sekala tukar menu boleh cuba juga resepi macaroni cheese atau tauhu sumbat bersama sos cili.

sampai jumpa di resepi lazat berikutnya...


 

Start typing and press Enter to search