Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap | Boleh Tambah!!

- Selasa, Mei 26, 2020
Sotong Goreng Kunyit adalah salah satu antara resepi masakan ringkas dan simple, makanan ini boleh menjadi pilihan apabila anda tak memiliki masa berlama lama kat dapur.

beberapa hari lepas saya juga sudah berkongsi resipi simple tapi tetap sedap lainya iaitu ikan mayong masak kari dan resepi hari ini masih berkaitan dengan ikan.

Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

sebenarnya, tak ada rencana untuk membuat makanan ini dan ceritanya bermula sepanjang bulan puasa, saya sangat sibuk dengan tempahan kuih raya. ada pelbagai kuih raya yang saya buat diantaranya kuih makmur dan kuih seri muka dan masih banyak lagi.

Cara Membuat Sotong Goreng Kunyit


masa untuk membuat menu juadah berbuka puasa sangatlah terhad, sekiranya dengan itu pasti saya memilih menu ringkas dan cepat macam resepi yang saya kongsikan hari ini.

sebenarnya, ada pelbagai cara menyediakan sotong goreng kunyit ada yang berkuah, ada yang kering dan ada yang di campur dengan petai. semuanya sedap dan sangat membangkitkan selera anda hanya perlu memilih pilihan yang paling anda suka.

saya dan suami lebih menggemari rasa sotong yang rangup dan pedas kerana apabila dicampur dengan nasi panas emmmm membuatkan saya teringin tambah lagi dan lagi..

tetapi kerana sotong adalah makanan laut anda mesti berhati hati apakah ada keluarga anda memiliki alahan terhadap makanan laut. untuk orang yang memiliki alahan makanan laut apabila asal makan sahaja, badan boleh gatal dan mukanya bengkak dan bengkaknya ini boleh memakan masa hingga beberapa hari untuk pulih semula.

kembali ke resipi, apa yang istimewa dari masakan ini adalah kita boleh mencampur dengan pelbagai macam sayur. saya sendiri menambahkan brokoli dan lobak merah. anda boleh menambahkan sayur lainya macam kacang buncis atau mana mana mengikut selera anda.

dengan sotong dicampur sayur, lauk macam ini sangat cukup dengan nasi putih dan lagi sedap ditambah dengan sambal belacan.

pasti anda sudah teringin mencubanya kan? simak resepinya dibawah..

sumber : Zarns Dir

Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap


Bahan-Bahan

  • 3-4 ekor sotong saiz besar (bersihkan dan potong)
  • 2 inci lobak merah (potong bulat)
  • 1 gugus kecil brokoli (potong kecil)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 ulas bawang merah (saiz sederhana besar) (hiris)
  • 1/2 sudu teh kicap manis
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam 
  • serbuk kunyit secukupnya
  • garam secukup rasa

Step by Step

#1. first step, masukkan sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong kedalam bekas kemudian masukkan masukkan kunyit dan garam. lepas itu gaul hingga rata dan biarkan kunyit dan garam meresap sekejap.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

#2. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng sotong hingga sotong masak secukupnya dan air masak sotong kering. lepas tu angkat dan ketepikan.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

#3. seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dahulu lepas tu masukkan bawang merah kemudian tumis hingga harum.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

#4. apabila sudah naik bau masukkan lobak merah dan goreng hingga ianya layu. masukkan brokoli dan kacau sebati hingga brokoli sedikit layu.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

#5. after that, masukkan sotong yang sudah di goreng tadi kemudian gaulkan dengan sayur yang telah layu dan goreng hingga sebati.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap

#6. terakhir, masukkan kicap manis bersama serbuk lada hitam kemudian gaul dan goreng hingga sebati. apabila sudah masak angkat dan siap untuk di hidangkan.

Tips :
1. apabila teringin sotong berwarna lebih kuning semasa boleh ditambah serbuk kunyit semasa memasukkan bersama serbuk lada hitam dan kicap manis.
2. kerana sotong mudah kecut dan lembik sebaiknya habiskan makanan pada hari yang sama jangan simpan untuk esok.
3. anda boleh menambahkan pelbagai macam sayur selain sayur yang saya gunakan.
macam mana mudah sahaja kan resipi sotong goreng kunyit ini?

blog usiamuda.com menyediakan pelbagai macam perkongsian resipi jadi apabila anda teingin cuba resipi silkan melawat ke blog ini dan anda boleh gunakan icon Search untuk cari resipi yang anda suka.

sampai jumpa di resipi lazat seterusnya...bye bye.

This Newest Prev Post
 

Start typing and press Enter to search